Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jurucakap Angkatan Bersama, Brigadier Jeneral Yahya Rasul berkata bahawa menurut laporan perisikan, ketua kepada kumpulan pengganas Takfiri Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi kini bersembunyi di kawasan yang terletak di sekitar sempadan Iraq-Syria setelah kehilangan kawalan ke atas situasi di Mosul.
Di dalam sebuah kenyataan eksklusif kepada Sputnik, Rasul berkata bahawa agensi perisikan Iraq yang bekerjasama dengan agensi perisikan negara-negara yang terlibat di dalam Pakatan Antarabangsa Menentang Keganasan kini sibuk memerhatikan pergerakan kumpulan pengganas itu dan memantau lokasi-lokasi yang mungkin didiami oleh al-Baghdadi.
Menurut penemuan terkini daripada pihak perisikan dan juga pasukan anti-keganasan, al-Baghdadi sudah tidak lagi berada di Mosul dan dia dipercayai sedang bersembunyi di sebuah kawasan berhampiran semapadan Iraq-Syria.
Menurut jurucakap itu, pasukan keselamatan Iraq daripada pelbagai cabang tidak akan teragak-agak untuk menyerang mana-mana kawasan yang dipercayai didiami oleh al-Baghdadi.
/315
26 Mac 2017 - 14:31
News ID: 820062
Jurucakap Angkatan Bersama, Brigadier Jeneral Yahya Rasul berkata bahawa menurut laporan perisikan, ketua kepada kumpulan pengganas Takfiri Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi kini bersembunyi di kawasan yang terletak di sekitar sempadan Iraq-Syria setelah kehilangan kawalan ke atas situasi di Mosul.